Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Hasan Ali dah masuk geng papagomo !

Kesiann teman tengok nasib bekas Naib Presiden PAS ini ! Dulu dia hebat dan gah, terkenal sebagai  seorang penceramah dan pakar motivasi tersohor. Dalam politik,, hingus belum cukup kering,, baru setahun jagung tetapi sudah terpilih sebagai Naib Presiden PAS,, wow ! cukup hebat !

Akhirnya kerana terlalu menunjuk pandai,, besar senduk dari mangkok, lebih lajak dari laju, lalu tersingkir dan terpecatlah dia dari PAS.  Namun oleh kerana seleranya cukup besar, pengaruh dan populariti tak mahu kalah,, dia pun tubuh NGO bernama JATI untuk perjuangkan aqidah umat Islam konon!!  Nampaknya perjuangan beliau tak sampai kemana pun!  Almaklum, cerita memburukkan Anwar lebih banyak dari cerita aqidah !
Sekarang ini dia terang-terang bersekongkol dengan Papagomo yang mendakwa DS Anwar adalah pelakun dalam video lucah terbaru. Bab-bab tuduhan terhadap Anwar ini dia begitu mudah untuk percaya dan sokong. Kalau ada orang tuduh Anwar telah meliwat lembu dengan secepat kilat dia akan mengiyakan, walaupun tak ada bukti atau videonya belum siap.  Maka dengan ini terserlahlah belang sebenar siapa Hasan Ali !  pernah mengaku beliau berbangga di bawah pendidikan sekular  maka dunia sekularlah landasan hidupnya kini. Ketokohannya selama ini sebagai seorang ilmuan hilang terpadam,  kehebatan sebagai seorang pejuang Islam hancur bersepai ! 
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913