Oleh LIM HONG SIANG
Mungkin tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat.
Sebaliknya, "gambar video seks" pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual.
Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!" Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel?
Read More / Baca Lagi >>