Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Menolak politik fitnah dan persepsi

$
0
0
Oleh Mohd Riduan Khairi
Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat Melayu sebagai ‘menuduh secara dusta’. Ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sebagai, “Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.”


Namun perkataan fitnah di dalam al-Quran dan Sunnah membawa maksud yang lebih luas mencakupi maksud syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Menuduh secara dusta tanpa bukti dan menyebarkan persepsi serong untuk menimbulkan huru-hara juga termasuk dalam skop luas fitnah yang dimaksudkan oleh agama Islam.

Ini kerana hujung-hujungnya tuduhan dusta dan persepsi serong akan membawa kepada yang bencana dan bala lebih besar.

Lihat kepada tuduhan dusta yang disemarakkan oleh kaum munafik kepada Ummul Mukminin Aisyah bt Abu Bakar dalam peristiwa yang disebut sebagai‘hadis Ifk’. Begitu juga tuduhan bahawa kononnya bahawa Abu Hurairah banyak memalsukan hadis Nabi.

Tidak lepas juga Muawiyah b Abu Suffyan ra, antara susuk sahabat Nabi yang paling banyak dicerca, dicela dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan palsu. Walhal Syaikhul Islam Ibn Taimiyah menyebutkan beliau sebagai raja yang paling mulia dalam Islam. Bahkan ada yang memasukkan beliau sebagai salah seorang khulafa’ ar-Rasyidin.Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913