SHAH ALAM 26 MAC: Rata-rata pemandu teksi yang hadir ke program
pemberian permit teksi individu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, rasa tertipu dan kecewa kerana tidak dimaklumkan lebih awal
bahawa hanya 1,000 permit teksi sahaja yang diberikan pada hari itu.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, beliau dan lebih 6,000 pemandu teksi yang hadir sejak awal pagi ke program anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu perlu mengisi borang dan hanya 1,000 yang terpilih sahaja akan diberikan permit teksi individu.
“Majoriti yang datang semua kecewa, sebab datang pukul 8.30 pagi, kena isi borang dan kemudian dia (SPAD) kata submit kat sana dan dia (SPAD) akan proses.
“Kemudian bila orang dah ‘argue’ di kaunter, dia (SPAD) kata boleh ‘submit’ selepas waktu itu, maknanya tiada ‘expired date’ dan boleh ‘submit’ ke Putrajaya,” katanya kepada TVSelangor.
Katanya, program itu hanya bertujuan bagi menunjuk-nunjuk dengan harapan supaya pemandu teksi akan terus menyokong Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Read More / Baca Lagi >>