NIBONG
TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya
kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang menjelang pilihan raya umum
(PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk Melayu tempatan, sambil
berkata beliau lebih rela menjadi “alat Cina” DAP daripada bekerja
dengan MCA.
Perkara tersebut dinyatakan Anwar (gambar)
dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas
Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17
kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri
lain milik Pakatan Rakyat (PR).
Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
“Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya?
“Lebih bagus saya baik dengan Lim, yang jauh lebih baik
daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah teruskan. Saya
lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP,” kata Anwar kepada
ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng, dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dr Chua dan partinya dilihat sering mengkritip DAP dengan
menggunakan akhbar rasmi mereka The Star untuk menghentam setiausaha
agung DAP tersebut kerana mengawal projek pembangunan dan gagal
melindungi kepentingan masyarakat Cina.
DAP juga dituduh sebagai mendokong rancangan kerajaan negara Islam oleh PAS.
Walaubagaimanapun, media lain yang dikawal oleh BN
menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dalam negeri
pengeluaran dan pelancongan tersebut.
Anwar merupakan penceramah utama dalam perhimpunan semalam yang diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP di pulau itu.