Sejurus Peristiwa Berdarah MEMALI, seluruh jentera kerajaan dan
UMNO telah digunakan untuk memburukkan mangsa2 peristiwa tersebut.
Media2 milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV1+2 telah melabel
Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengganas Islam yang mahu mengamuk dan
menjahanamkan Malaysia secara berdarah.
Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mengubah lebel
kepada mangsa2 Kg Memali dari penjenayah pada paginya, pengganas komunis
pada tengahari dan akhirnya kepada pelampau agama.
Secara ringkasnya, Peristiwa Memali itu boleh di baca di akhir posting ini.
Pada waktu itu, PAS mendapati masyarakat Melayu tiada lansung
simpati kepada mangsa2 Memali. Malahan, majoriti Melayu samada berdiam
diri ataupun turut sama menyebarkan fitnah ke atas Asy-Syahid Ustaz
Ibrahim Libya serta 13 syuhada lagi.
Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menguatkan fitnah ke atas mangsa2 Memali.
Hatta, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut
sama dilacurkan oleh UMNO untuk menguatkan fitnah mereka ke atas
Syuhada2 Memali.
Bayangkan Ustaz Azhari Abdul Razak serta Pak Ya Junid yang mulanya
Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah telah dipecat kerana mengeluarkan fatwa
Ustaz Ibrahim Libya itu syahid.
Hatta, 3 kali batu nesan di pusara para Syuhada' itu dibuang oleh
pihak2 berkuasa sampailah TUanku Sultan Kedah sendiri mencemar duli dan
menziarahi pusara Syuhada' Memali tersebut
TINDAKAN SUSULAN PAS
Di kala itu, dalam keadaan PAS yang sebegitu lemah dan daeef, Tok
Guru Nik Aziz telah mengajar ke semua ahli PAS untuk membaca Qunut
Nazilah seperti di atas.
Perhatikan bahagian doa qunut nazilah yang ini:
Di kala itu puluhan malahan ratusan ribu ahli2 dan penyokong PAS
mengamalkan doa ini di dalam solat sunat, solat witir, solat duhha
malahan solat fardhu kerana membalas kezaliman dan fitnah yang dihambur
ke atas para Syuhada' Memali. Kalau mereka tak baca lafaz ini, berdetik
dalam hati mereka meminta Allah SWT menurunkan bala pada UMNO./
Peritiwa Memali berlaku pada tahun 1985, tidak sampai lima tahun
setelah PAS mengamalkan doa ini, UMNO telah porak peranda dan pecah
kepada Semangat 46 serta UMNO (Baru).
Read More / Baca Lagi >>