Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Mahfuz tuntut penjelasan apakah ESSZONE akan halang Pakatan berkempen ( Cara Mudah BN Menang Percuma 10 Parlimen Di Sabah)

$
0
0

KUALA LUMPUR, 27 Mac — PAS hari ini menuntut penjelasan Datuk Seri Najib Razak sama ada pewujudan Zon Keselamatan Sabah Timur (ESSZONE) akan menghalang Pakatan Rakyat (PR) untuk berkempen di kawasan tersebut memandangkan tiada pentafsiran jelas berhubung pelaksanaan zon keselamatan tersebut.
"Saya melihat ia dari aspek pilihan raya, adakah ia (ESSZONE) satu percubaan nak menghalang parti politik daripada berkempen untuk pilihan raya?" soal Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Mahfuz (gambar) menegaskan, beliau tidak mempertikaikan aspek keselamatan di kawasan berkenaan yang telah dicerobohi militan Sulu dari Filipina, namun pihaknya hanya mahukan penjelasan kerajaan sama ada undang-undang yang digunapakai di kawasan ESSZONE akan mengetepikan undang-undang sedia ada.
"Adakah ini bermakna bahawa menggantung sebarang mana-mana undang-undang bertulis lain yang boleh ketepikan semua undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913