Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Bersih 2.0: SPR perlu bertegas penipuan pilihan raya, bukan kecam migran

$
0
0
bersih adil logo[3]Bersih 2.0 memandang berat terhadap kecaman berterusan terhadap golongan migran semasa ceramah-ceramah politik, video-video yang dikongsi dalam media sosial serta risalah-risalah yang diedarkan oleh pelbagai organisasi. Aktivis-aktivis hak asasi manusia yang bekerja dengan pihak migran telah berkongsi kerisauan mereka bahawa sikap xenofobia dan kecaman berbaur perkauman terhadap golongan migran semakin menular akibat kerisauan undi hantu dan penipuan pilihan raya.
Pihak Bersih 2.0 amat terganggu dengan pelbagai laporan bahawa kandungan multimedia dalam talian dan juga laman Facebook yang dikatakan membuat kenyataan partisan dan bersifat xenofobia atas nama Bersih 2.0. Kami ingin menyatakan secara jelas bahawa kami tidak mengiktiraf xenofobia dan sikap perkauman. Pihak golongan migran di Malaysia sudah menghadapi pelbagai diskriminasi secara meluas termasuk diskriminasi berunsur keganasan, seperti yang telah didokumentasikan oleh organisasi-organisasi hak asasi manusia dan media.
Bersih 2.0 faham dan bersimpati dengan kemarahan ramai rakyat Malaysia terhadap dakwaan penipuan pilihan raya, terutama sekali berikutan testimoni yang telah dibuat oleh bekas-bekas pegawai kerajaan dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja Sabah. Memang amat mengecewakan bahawa penipuan dan penyelewangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa pengadilan yang sewajarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913