Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Chegu Bard tidak bertanding, mahu jadi jentera biasa

$
0
0
Bagaimanapun, beliau akan menggerakkan anak-anak muda mengasak perubahan dengan segala daya yang ada.
PETALING JAYA: Pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shahrin mengumumkan beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke 13, sebaliknya mahu menjadi jentera biasa parti.
Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti politik.
“(Saya) cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur.
“Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa,” katanya ketua cabang PKR Rembau yang lebih dikenali dengan panggilan cheGuBard.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di parlimen Rembau tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin yang kini ketua Pemuda Umno  dalam satu keputusan yang kontroversi.
Badrul Hisham bagaimanapun, menegaskan PRU 13 merupakan pilihan raya  yang terpenting dalam sejarah negara.
Beliau mendakwa, belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.
`Rangkaian komrad SAMM’
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913