Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dr MAZA : Tolak Politik Serangan Peribadi, Ujakan Politik Idea

$
0
0

SHAH ALAM, 28 MAC : Budaya ugutan dan memburukan peribadi pemimpin politik melalui fitnah video seks haruslah dihentikan kerana tindakan tersebut mendorong rakyat memilih pemimpin bukan berdasarkan idea yang dibawanya.
Mohd Asri Zainul AbidinBudaya ini mampu mendorong parti-parti politik berlumba sesama sendiri untuk mendedahkan skandal seks lawan masing-masing dan akhirnya memaksa rakyat membuat pilihan tidak berdasarkan kemampuan seseorang pemimpin atau parti.
Demikian menurut bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
“Kita juga akan menghadapi keadaan rakyat dididik memilik pemimpin yang bukannya baik dari segi ideanya, tetapi rakyat terpaksa memilih antara dua kejahatan.
“’A’ dan ‘B’ masing-masing bersaing mendedahkan kejahatan menyebabkan negara kita tak boleh pergi kehadapan,” ujar Dr Mohd Asri.
Dr Mohd Asri berkata jika budaya ini diterapkan individu yang mengkritik kerajaan akan berhadapan risiko intipan pihak tertentu dengan menggunakan kamera tersembunyi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913