Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Zul Nordin hina agama lain bertentangan ajaran Islam – Bippa

$
0
0
Ahmad Kassim
KUALA LUMPUR 29 MAC: Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.
“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.
“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.
Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.
Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, kedai jualan patung Tuhan kepada penganut Hindu turut dilanda banjir, menunjukkan  Tuhan mereka juga tidak mampu menghalangnya.
Ahmad berkata,  Zulkifli tidak mengikut ajaran Rasulullah yang melarang umat Islam menghina agama lain.
“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913