SUNGAI BESI, 30 Mac — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
mengesahkan dirinya tidak bertanding pada Pilihan Raya 2013, tetapi
mengulangi pendirian menyokong Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Shahrizat yang ditemui wartawan juga mengkritik MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut dan banyak janji semasa mereka berkempen yang tidak ditepati.
"Tidak, tidak saya tidak bertanding," apabila ditanya wartawan sama ada beliau akan bertanding atau tidak semasa ditemui dalam majlis bersama warga perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Besi disini hari ini.
"Macam di Lembah Pantai, tanyalah kepada pengundi-pengundi prestasi ahli parlimen yang ada pada hari ini. Hanya gah sahaja pada masa berkempen... tapi lepas tu habis," kata Shahrizat.
Bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat juga berkata Barisan Nasional berpeluang cerah untuk menang di Lembah Pantai cerah dengan komitmen dan kerajinan Nong Chik yang sering turun padang bertemu rakyat.
Read More / Baca Lagi >>