Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Jumlah pengundi pos luar negara tunjuk kelemahan SPR- Mafrel

$
0
0
MafrelKUALA LUMPUR 30 Mac: Bilangan kecil pengundi pos di luar negara yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan kelemahan besar yang perlu diperbaiki suruhanjaya itu, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf semalam mengatakan bilangan permohonan mengundi pos di luar negara hanya seramai 5,167 orang.
“Bilangan ini menunjukkan ada kelemahan besar yang perlu diperbaiki SPR. Walaupun saya fikir rakyat Malaysia di luar negara tidaklah mencecah jutaan orang, tetapi nisbah ini terlalu kecil,” kata Syed Ibrahim.
Aziz semalam dilapor turut menyangkal dakwaan ‘sesetengah pihak’ bahawa rakyat di luar negara tidak diberi peluang mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Sambil menyoal siapakah ‘pihak’ berkenaan, Syed Ibrahim berkata, SPR sepatutnya memudahkan urusan pendaftaran pengundi di luar negara dan menggiatkan kempen mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913