Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Rasisme, perkauman & sejarahnya

$
0
0

Oleh Hishamuddin Rais

Racist_BrainPekerja parti tersebut menjeritkan “Bunuh Tian Chua” apabila naib presiden Umno itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan “menghapuskan pengkhianat” seperti Naib Presiden PKR — lebih dikenali sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. – petikan Malaysian Insider
Discussing the battle against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, “I knew my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an idol.” – petikan Lt. Gen. William G. “Jerry” Boykin dari Los Angles Times
Dua petikan laporan media di atas adalah kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan bertanya bagaimana cara untuk memahami makna dan tanda kenyataan tersebut. Justeru, pembaca akan bertanya apa itu rasisme? Dari mana datangnya rasisme? Bagaimana rasisme berkembang? Dari mana sejarah punca rasisme?
Ini adalah soalan-soalan wajib dihuraikan agar kita semua mendapat pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai dan bertanya pada diri sendiri: apakah aku ini seorang rasis?
Satu jalur rasisme ialah fahaman perkauman. Fahaman perkauman akan membenci orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisme bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit putih. Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau berkulit kuning pun berkeupayaan untuk menjadi rasis. Asas rasisme bukan warna kulit.
Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisme. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan dan dan…ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.
Rasisme sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis. Untuk rasisme bergerak ia wajib dibantu dan disokong oleh kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisme. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. Rasisme berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisme ialah perebutan harta kekayaan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913