KUALA LUMPUR, 7 Dis — Pengerusi Persatuan Anak Peneroka
Felda (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan memastikan mesyuarat
agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang berlangsung 20
Jun lalu tidak diadakan semula, termasuk memohon injuksi dari mahkamah,
kerana mahu melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi.
Menurut beliau, pada AGM lalu, usul untuk menjadikan Isa
sebagai pengerusi KPF telah dibatalkan dan kini terdapat percubaan untuk
melantik Isa sekali lagi sebagai pengerusi badan koperasi tersebut.
“Ada komplot untuk memastikan Isa Samad jadi pengerusi
KPF, kalau Isa Samad jadi pengerusi KPF, dia merancang nak pinda KPF,
antaranya mengecilkan pegangan saham KPF dalam Felda Holdings dari 51
peratus, kepada hanya 29 peratus sahaja,” kata Mazlan apabila dihubungi
oleh The Malaysian Insider hari ini.
Mazlan berkata, terdapat salah guna kuasa berlaku apabila
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob mengarahkan pengerusi eksekutif Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM), Datuk Mohd Yusof Samsudin untuk mengadakan semula AGM
untuk KPF dan membatalkan mesyuarat 20 Jun itu.
“Ini kononnya ada satu pertikaian yang dibangkitkan oleh perwakilan dan SKM telah menyiasat melalui tribunal.
Read More / Baca Lagi >>