SHAH ALAM 31 MAC : Kejayaan pentadbiran Selangor akan dijadikan bahan kempen oleh sebuah jaringan sukarelawan belia Sabah bagi meraih sokongan lebih 35,000 warga Sabah yang berada di Selangor.
Warga Sabah yang sudah bermastautin di Selangor akan digesa untuk terus mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jaringan sukarelawan tersebut yang bergerak di bawah gabungan NGO Sabah mensasarkan untuk mendaftar 1,000 peserta, kata Abdul Khalid.
“Ini adalah satu usaha memberi maklumat dan penerangan kepada warga Sabah yang bekerja di Selangor supaya mereka faham kejayaan kita di Selangor.
“Ia supaya mereka mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Jika mereka mengundi di Sabah, diharapkan mereka dapat balik ke Sabah dan membawa perubahan kepada negeri itu.
“Kerana kejayaan kita di Selangor boleh dilaksanakan di Sabah juga,” kata Abdul Khalid selepas rapat mesra bersama warga Sabah di Komplek PKNS di sini semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.
Read More / Baca Lagi >>