Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

75 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

$
0
0

Badrul HishamKUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.
Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913