
"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.
"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang
dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.
Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.