JOHOR BAHRU, 1 April — Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.
“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ ... lagipun beliau lebih
berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa
menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan
hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di
Taman Molek, Johor Jaya, di sini.
Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.
Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.
Read More / Baca Lagi >>