GELANG PATAH, 1 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin angin
perubahan akan bertiup kencang di Johor sehingga negeri itu tidak lagi
menjadi negeri ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau memberikan tiga sebab iaitu pertama berdasarkan perubahan besar sebelum ini sehingga parti pembangkang bertapak dan tidak mustahil akan memenangi majoriti kerusi dan memerintah Johor.
Katanya, perkara yang sama berlaku di Selangor pada 2008 apabila pembangkang yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP memenangi 17 daripada 22 kerus Parlimen dan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memerintah negeri itu berbanding hanya memenangi enam daripada 48 kerusi negeri pada 1995 hingga 2004.
Bilangan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi pembangkang (1995-2008)
![rajah]()
“Tidak ada sebab apa yang berlaku di Selangor pada 2008 tidak boleh berlaku di Johor pada PRU-13 nanti. Walaupun PR gagal memenangi majoriti kerusi parlimen dan negeri, memadai dengan memenangi sekurang-kurangnya satu pertigga kerusi di negeri itu,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 10 Hari Ke PRU-13, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>