LAMBIR - Kampung Perpaduan off Jalan Taman Tunku adalah antara kampung
yang terletak dalam kawasan Lusut Jaya di mana terdapat juga kampung
seperti Kampung Bidayuh dan lain-lain.
Penduduk yang tinggal di Kampung Perpaduan kebanyakannya daripada kaum Bumiputera berbilang bangsa dan terdapat juga keluarga dari kaum Cina.
"Masalah utama yang dihadapi penduduk Kampung Perpaduan adalah jalan raya yang becak terutama sekali musim hujan kerana jalannya berlopak dan berlumpur kerana tidak berbatu dan berturap," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.
Apabila musim hujan, air akan melimpah ke atas jalan disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur untuk aliran air keluar, kata Jofri yang juga yang dipertua PAS Miri, dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, masalah tersebut amat merumitkan penduduk untuk keluar menjalankan urusan harian mereka kerana ia merupakan satu-satunya jalan keluar masuk di situ.
"Mereka memohon agar kerajaan mengggunakan peruntukan jalan kampung untuk menurap jalan dan juga memasang lampu jalan itu dengan segera untuk keselamatan penduduk.
"Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga memohon pihak berwajib agar dapat mengantikan paip air yang sedia ada kepada paip yang lebih besar supaya tekanan air cukup kuat lagi bagi menampung keperluan harian penduduk di situ, dan dijangka penduduk baru bermastautin akan meningkat pada masa akan datang dalam kawasan itu," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>