Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Tengku Razaleigh Boleh Bantu PR Memerintah

Oleh Mohd Sayuti Omar
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Razaleigh: Ada undi penentu.
Malam tadi semasa keluar minum dengan seorang teman (yang insya-Allah akan bertanding dalam pilihan raya akan datang) saya terserempak dengan salah seorang Jeneral (B) askar yang baru menyertai PKR. Bersamanya anggota tiga Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menjadi penggerak acara Sumpah Pemuda yang digerakkan oleh bekas ketua AMK yang kini sudah menjadi usang dan sedang memakan hati berulam jantung dalam Umno.

Pemuda berkenaan bertanya saya secara terus terang mengenai situasi negara hari ini dan iklim politik kontemporari. Dia mahu saya menjawab secara jujur sebagai seorang pencerat dan penulis politik kerdil. "Abang bagaimana pandangan abang mengenai situasi keseluruhannya?" Soal beliau.

"Maksudnya dalam PKR atau pun keseluruhan negara?" tanya saya inginkan kepasti dari sisi mana yang diingini.

"Seluruh negara, kedudukan terkini?" katanya menjelaskan isi maksud persoalannya. Saya melihat kepada Jeneral yang baru berkubang dalam politik itu. Saya tidak mahu dia terkejut dengan jawaban saya yang boleh mengjungkitkan punggungnya. Semangatnya untuk menumbangkan UBN jangan pula terjejas dengan jawaban saya. Saya pula suka berterus terang walaupun cara itu tidak disenangi. Bagi saya berterus terang lebih baik dari segala-galanya.

"Saya masih meletakkan kerusi yang akan diperolehi Pakatan Rakyat sekitar 90 hingga 100 kerusi sahaja. Maksudnya dapat mengekalkan kerusi yang diperolehi dalam pilihan raya dengan penambahan dua tioga kerusi. Situasi ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan 25 atau 35 kerusi tambahan untuk menjadi pemerintah. Kalau 83 dicampur 25 ini bermaka 108 kerusi. Jadi sebanyak 20 kerusi lagi diperlukan untuk jadi 128, kerusi itu datangnya dari Sabah dan Sarawak," jelas dan hurai saya agak panjang lebar. Matematik itu sangat mudah untuk difahami.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913