Tak cukup dengan penurunan harga kereta (DI SINI),
Pakatan Rakyat sekali lagi “menyerang” Barisan Nasional yang sehingga
sekarang masih lagi belum mengeluarkan intipiati manifesto Barisan
Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila Pakatan Rakyat
berkongsi satu lagi mekanisme & berusaha mengurangkan sedikit beban
kalangan pengguna motosikal di Malaysia sekaligus memberikan satu lagi
variasi penggunaan kenderaan di Malaysia pada harga yang lebih
berpatutan dan praktikal.
Caranya?
Harga Motosikal Turun : Mekanisma Penurunannya?
Di Malaysia sekarang ini, bukan semua
orang mampu memiliki kereta pada masa sekarang untuk bergerak
terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
Lagipun trend sekarang terutamanya
kalangan warga Kuala Lumpur contohnya sudah semakin ramai yang
menggunakan motosikal tidak kira motosikal berkuasa tinggi ataupun kecil
untuk bergerak. Parking mudah, mudah untuk menyelit dan kurang
terhimpit dengan kesesakan dan kos perjalanan menjadi murah.
- Ketika ini, duti eksais antara 20 hingga 30 peratus yang dikenakan ke atas motosikal – mengikut saiz enjin
- Pakatan Rakyat mahu mengurangkan cukai motosikal di Malaysia sebanyak 20% mengikut fasa
- Dan dijangka pada tahun 2018, tiada lagi cukai motosikal untuk rakyat Malaysia
- Pengurangan cukai disebalik cukai kereta dan cukai motosikal akan ditampung dengan lelongan terus ke atas permit import kenderaan yang dijangka bakal mengaut keuntungan RM2 bilion sehingga tahun 2015
Cukai Motosikal di Malaysia?
- Saiz enjin di bawah 150 cc (Cukai eksais 20%)
- Saiz enjin melebihi 150cc (Cukai eksais 30%)