
Sehubungan itu katanya, beliau tidak dukacita mahupun sedih kerana tidak dipilih oleh perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), sebaliknya percaya barisan pimpinan tertinggi parti baru yang dipilih cukup mantap untuk memperkuatkan DAP.
Menurutnya, barisan kepimpinan yang dipilih kelmarin perlu diberi peluang untuk bekerja dengan lebih kuat bagi merealisasikan impian DAP bersama Pas dan PKR untuk menuju ke Putrajaya.
"Barisan pimpinan yang baru ini adalah satu pasukan pimpinan yang baik untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum yang ke-13.