Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Tindakan Keras Terhadap Mahasiswa Dapat Perhatian Parti Politik

$
0
0
Siri tindakan keras dan melampau terhadap aktivis mahasiswa kebelakangan ini mendapat perhatian pelbagai pihak, antaranya Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Presidennya, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan keras ini tidak setara dengan “luahan perasaan” yang cuba disampaikan oleh mahasiswa.

"Generasi mahasiswa ini juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka di masa kini dan akan datang", katanya.

Beliau juga mengulas mengenai tindakan yang berunsur politik terhadap hal ehwal universiti yang tidak sepatutnya berlaku, antaranya tindakan ‘tegas’ terhadap ahli akademik serta perlantikan jawatan dalam pentadbiran universiti yang diragui kesarjanaan dan kreadibiliti mereka.

“Semua ini sudah cukup untuk menggambarkan kecelaruan kerajaan pimpinan BN yang gagal membawa dunia menara gading ke mercunya”, tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913