KUALA LUMPUR, 2 April – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan khabar angin mengenai pembubaran parlimen yang dikatakan akan berlaku esok.
Menurut menteri di jabatan perdana menteri itu lagi, khabar angin tersebut hanyalah satu spekulasi dan tidak benar.
“Tiada pembubaran esok. Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini,” kata Nazri dipetik dari laman sesawang saluran berita Astro Awani.
Menurut ahli parlimen Padang Rengas itu lagi, arahan untuk anggota Kabinet hadir dengan berpakaian gelap dan bertali leher merah bagi lelaki esok adalah perkara biasa pada mesyuarat terakhir Kabinet bagi tujuan bergambar bersama perdana menteri dan timbalannya.
Sementara itu di laman sesawang peribadi Datuk Seri Najib Razak, beliau mengatakan pilihan raya umum (PRU) ke 13 semakin hampir dan turut memuji kerja keras yang dilakukan oleh badan pengendali pilihan raya.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat dinilai secara adil,” kata Najib dipetik dari laman sesawang miliknya.
Read More / Baca Lagi >>