Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : ‘Bisnes mega BN’ bakal lingkupkan negara?

$
0
0

DAMANSARA, 3 APRIL: Kerajaan Barisan Nasional (BN) diminta tidak menipu rakyat kerana Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang dipropaganda kononnya berjaya masih jauh daripada mencapai matlamat sebenarnya.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, dasar transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Najib Razak dengan lambakan pelbagai projek mega tidak memberi keuntungan kepada negara.
“Kita ada banyak contoh, kerajaan nak buat Bandar Malaysia di Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi. Jumlah kos pengambilalihan tanah ialah RM1.6 bilion tetapi kos penempatan semula pengkalan udara ialah RM2.7 bilion.
“Ada lagi yang lebih merugikan kita iaitu projek kawasan kewangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) sebagai “Tun Razak Exchange” (TRX) yang akan menelan belanja sebanyak RM26 bilion dana awam,” kata Pua pada satu majlis mengumpul dana pilihan raya umum di sini malam tadi.
Menurut beliau, projek yang menelan belanja berbilion ringgit ini dikhuatiri tidak memberi keuntungan kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913