
Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu The Malaysian Insider, diantara sebab perubahan dalam corak pengundian kaum Cina adalah keadaan kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mana beliau mengatakan memberi persepsi mengenai ketidakstabilan kerajaan negeri.
“Ini kerana pada tahun 2008, lonjakan sokongan daripada pengundi Melayu tidak begitu besar, contohnya kerusi DUN Tanjung Dawai, kita menang tak sampai seratus undi,” kata seorang pemimpin PAS Kedah kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.
Menurut beliau lagi, keputusan masyarakat Cina untuk memberikan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dan parlimen kepada PR membuktikan terdapat masalah serius dengan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.
Menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian, terdapat tiga faktor menyebabkan kerajaan PR Kedah hilang sokongan masyarakat Melayu negeri tersebut pertama adalah pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 oleh Barisan Nasional (BN).
“Kedua masalah dalaman kerajaan seperti penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan negeri dan ketiga, calon serta muka baru diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah mula menarik kembali pengundi kepada BN,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>