Sekarang kita benar-benar berada
dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman
pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di
mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing
mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi
rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk
mentadbir negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara
kita.
Rakyat adalah ‘boss’ kepada pimpinan
dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat
mesti bertanggungjawab untuk memberikan
‘verdict’ yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana
Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan
aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai
kenyataan yang ‘magnanimous’ dari Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau bagaimanapun yang penting
semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan
kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan
di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang
tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.
Read More / Baca Lagi >>