
Pengumuman dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi depan hampir 10,000 orang.
“Kita ambil orang yang paling arif tentang tentera laut, kelengkapan pelabuhan, seorang tokoh ketenteraan, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid,” katanya.
Beliau berkata, Imran memulakan karier ketenteraan sebagai Pegawai Kejuruteraan TLDM dan Universiti Teknologi Mara (UTM), selain menyandang pelbagai jawatan lain.
“Banyak kegiatan di masjid, (pergaulan) masyarakat semua bagus. Saudara tentu kenal isteri beliau, seorang bekas pengetua Sekolah Menengah Batu 10,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>