Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : 'Buang Najib dan BN di Putrajaya untuk tahu kes sebenar Altantuya dan kapal selam'-Nizar

$
0
0

Semalam dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Grik, Perak Nizar Jamaluddin bekas MB Perak berkata jika rakyat mahu tahu siapa yang arahkan dua anggota polis UTK Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Omar bunuh Altantuya rakyat kena buang Najib dan BN daripada terus berkuasa di Putrajaya.

Lebih kurang Nizar kata begini,"Siapa yang arahkan dua anggota polis UTK bunuh Altantuya?Jika tuan-tuan nak tahu kisah sebenar kena buang Najib dan BN di Putrajya bagi kuasa kepada PR dan kita akan siasat,buka balik kes,belek semula kes siapa yang arahkan mereka bunuh Altantuya."

Semua orang tahu dalam kes bunuh Altantuya sahabat baik Najib Razak Baginda terlepas daripada hukuman.Razak Baginda juga dikatakan jadi orang tengah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dan sapu komisen RM500 juta!

Tertuduh Sirul merayu dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tak dijatuhkan hukuman mati dengan berkata ,"Saya sekadar dikambing hitam.";Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar"kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. 
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913