
Klip video dimuatnaik semalam menunjukkan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang kontroversi itu dalam satu majlis orang ramai di Ampang pada 6 Mac, bercakap mengenai teori konspirasi berhubung kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penyiasat peribadi P Balasubramaniam yang meninggal dunia kerana serangan jantung bulan lalu.
“Ada badigol Baghdad ni percaya, entah keling mana bawa kitab Hindu dia, 'saya ada tengok, saya ada bukti'. Keling ni bawa kitab Hindu sumpah, dia percaya,” katanya menggunakan perkataan berbahasa Melayu itu.
Klip dua minit setengah itu dimuatnaik oleh pengguna yang menggunakan nama “Chandra Lawan Tetap Lawan”.
Read More / Baca Lagi >>