Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Kerajaan Selangor Gubal Pekeliling Jelas Fungsi Kerajaan Sementara

$
0
0

PETALING JAYA, 5 APR : Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan negeri pertama yang menggubal pekeliling untuk menerangkan fungsi dan limitasi kerajaan sementara selepas pembubaran DUN semalam.
Azmin HQ PKR 01Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata pekeliling tersebut antaranya menghadkan penggunaan aset kerajaan untuk tujuan kempen dan memastikan penjawat awam tidak berpihak pada mana-mana parti.
Surat pekeliling yang dikeluarkan pada 19 Februari lalu telahpun diwartakan serta diedarkan kepada semua pihak.
“Konsep kerajaan sementara ialah satu ujian untuk menilai sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Umno-BN benar-benar berlaku adil dan menjujung semangat demokrasi tulen.
“Selama ini rakyat menjadi mangsa Umno-BN yang menyalahgunakan sumber dan jentera kerajaan untuk berkempen walaupun selepas pembubaran.
“Keadilan tidak akan mengkhianati prinsip demokrasi, kami akan menjunjung setiap prinsip demokrasi bermula dengan penghayatan amalan kerajaan sementara sebagai menghormati hak rakyat dan semua parti yang bertanding,” katanya.
Antara perkara yang ditetapkan ialah :
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913