Oleh Mohd Sayuti Omar
Ke
tua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar nampaknya semakin terasa dan
dapat membaca 'kilau didalam kilat' mengenai dirinya di dalam pilihan
ke-13 ini. Beliau seperti sudah terbau apa yang akan berlaku terhadap
dirinya.
Khairy telah memberi nasihat dan amanat berguna kepada anak buahnya agar tidak merajuk dan terus bekerja untuk menjamin kemenangan parti walaupun tidak dicalonkan. Sambil menasihati mana-mana kawan yang mungkin tidak akan dicalonkan, beliau juga turut memberi peringatan kepada dirinya sendiri agar tidak kecewa.
Apakah nasihat atau gambaran itu boleh dikatakan Khairy sudah merasakan dia tidak akan diturunkan oleh partinya untuk mempertahankan kerusi Rembau? Khairy seperti telah mengambil tindakan 'berundur' sebelum orang mengundurkan dirinya.
Lama sebelum ini Khairy sudah pun membayangkan dia tidak berminat untuk mempertahankan kerusinya. Tanpa memberi tahu kenapa orang dapat menyuluh sebabnya kerana beliau didiskriminasikan oleh Najib Razak di dalam kabinet. Khairy menjadi ketua pemuda yang hina di dalam Umno kerana dinafikan hak-hak atau pun keistimewaan yang ada kepada pemegang jawatan itu seperti mana lazimnya.
Read More / Baca Lagi >>