GEORGE
TOWN, 17 DISEMBER: Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab dan
mandat yang akan diberi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, DAP sudah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada PR untuk berusaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan PR memenangi PRU-13 nanti.
“Kami sudah lama melalui proses dan pengalaman panjang sejak pemerintahan Perikatan dan kemudian Barisan Naisonal (BN) sehingga sekarang.” katanya ketika ditemui pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Sabtu lalu.
Menurutnya, kesediaan untuk mentadbir Malaysia ini berdasarkan kemampuan kerajaan negeri PR yang terbukti jauh lebih baik dan telus berbanding pentadbiran BN.
“BN membuktikan mereka tidak lagi mampu membawa Malaysia jauh lebih baik seperti yang dilakukan dunia luar, BN gagal mengatasi 3C (Corruption, Crime and Cost of Living ata rasuah jenayah dan kos sara hidup yang tinggi) yang merupakan masalah utama negara,” ujarnya.