SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa manifesto
yang dibentang malam tadi memenuhi aspirasi rakyat, pembangkang
menyifatkan ia sebagai satu janji yang hambar, tidak ada keaslian dan
kontang idea.
Malah paling teruk, ia hanya merugikan rakyat, kata pemimpin-pemimpin PR.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, manifesto BN jelas menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang sememangnya dihimpit oleh tekanan ekonomi.
"Apabila duit ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah, ini bermakna BN akan terus selama-lamanya mengekalkan rakyat Malaysia sebagai rakyat berpendapatan rendah," ujar beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Menurut Saifuddin, hasrat kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 adalah satu usaha ke arah memastikan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
"Ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat, pendekatan Pakatan Rakyat ialah menyelesaikan masalah struktur ekonomi dan pendekatan untuk melegakan tekanan hidup rakyat yang berupa meningkatnya kos kehidupan," ujar beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>