SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru",
sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.
Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama.
"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.
"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam.
Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.
"Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>