Dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum
ini ada dibentangkan cadangan dan pelan untuk mengurangkan harga kereta
sedikit demi sedikit setiap tahun sebanyak 20% melalui pengurangan cukai
eksais yang berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia.
Macam-macam reaksi yang kita dengar di
mana satu cadangan yang tidak terfikir dan tidak terjangkau dek akal
semenjak dilancarkan kereta buatan Malaysia yang pertama Proton sekitar
90an dahulu….
Ada kalangan kalangan rakyat Malaysia
yang memberikan ruang dan peluang kepada dirinya untuk mendengar
penjelasan dan penerangan mengenai dasar penurunan harga kereta di
Malaysia ini. Dan ada juga yang membantah sekeras-kerasnya tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir pernah meluahkan
kerisauannya tentang sikap bangsa Melayu amnya semasa mendeklamasikan
sajaknya di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001 yang bertajuk “Melayu
Mudah Lupa”. Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun berlalu, kami
melihatkan bangsa Melayu tidak mudah lupa lagi dan semakin celik dengan
berlaku evolusi perkongsian maklumat di Internet sekarang ini yang
berlaku dengan pantas.
Ini kerana berbalik kepada kenyataan
demi kenyataan serta reaksi spontan yang dikeluarkan daripada kalangan
pemimpin sejurus keluarnya cadangan mahu menurunkan harga kereta
daripada pihak pembangkang. Kami sempat simpan beberapa kenyataan
pemimpin sebelum ini untuk dijadikan rujukan.
Antara sebab, kalangan pemimpin yang
risau disebalik pengumuman Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga
kereta antara lainnya ialah :
- rakyat bakal muflis
- tidak praktikal
- kesesakan lalu lintas
- rencat usaha kerajaan
- tidak rasional
- mekanisme PR mengelirukan
Harga Kereta Turun : Rencat Usaha Kerajaan
Kenyataan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)Image may be NSFW.
Clik here to view.Sumber : Utusan Malaysia