Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Fariz Musa lawan Najib Razak di Parlimen Pekan

$
0
0
farizPAHANG 10 APRIL: Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.
Beliau yang juga Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumum demikian pada program di Megaview Hotel, Kuantan, malam tadi.
Pada sidang media itu, Anwar berkata Fariz bergiat dalam kegiatan parti dan perjuangan reformasi sejak awal, selain seorang aktivis yang berkesan.
“Fariz banyak memperjuang isu berkaitan penyelewengan dasar, rasuah, malah beliau kemuka ratusan laporan polis yang belum diambil tindakan.
“Untuk Parlimen Pekan, tokoh pemuda yang kena berani kerana banyak gerombolan samseng di mana-mana sekarang,” katanya.
Pada 1999, pilihan raya umum selepas gerakan reformasi tercetus, Najib Razak nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ada pendapat  menyatakan kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.
zakariaSelain Pakatan dan BN, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13)  juga diuar-uar mahu meletakkan calon mahasiswa.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menamakan seorang lagi MPP KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid bagi merampas kerusi Parlimen Bera yang disandang Datuk Ismail Sabri Yaacob dari Umno BN.
Kata Anwar, Zakaria, seorang jurutera yang menerima latihan di New Mexico dan California, pernah memimpin MPN Pahang dan menjadi Timbalan Pengarah Pilihan raya KEADILAN Pusat.
Calon KEADILAN yang sudah diumum bertanding di Pahang ialah Datuk Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota), Fuziah Salleh (Kuantan), Murnie Hidayah Anuar (Paya Besar).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913