
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin menjelaskan, pertemuannya dengan SPR sebelum ini menyatakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 yang akan digunakan.
“Merujuk nota ikhtisar SPR dengan parti politik, jawapan SPR kepada soalan sama ada Akta Perhimpunan Aman (akan digunakan) SPR menegaskan semua bentuk kempen (tertakluk) dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994
“Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) tak terpakai. Itu pengasingan yang sangat jelas. SPR patut beri kenyataan kerana pandangan yang berbeza,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Terdahulu, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah merujuk kenyataan Razali versi The Star semalam bahawa polis akan menggunakanAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>