Oleh ABDUL JALIL ALI
M
emang
saya mengharapkan ramai lagi, tetapi setakat semalam hanya seorang
artis wanita dinamakan sebagai calon untuk PRU13. Wan Aishah Wan
Ariffin @ Aishah, penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu,
diletakkan sebagai calon Pas untuk Parlimen Jempol. Belum pasti siapa
akan dipilih parti lawan untuk menentang wanita berusia 48 tahun dan
beranak dua, kelahiran Negeri Beradat itu. Atau, adakah sesiapa berani
mencuba nasib sebagai calon bebas melawan Aishah?
Amaran: Hanya yang bersuara lunak seperti buluh perindu digalakkan mencuba sebagai calon bebas menentang bekas anggota kumpulan Fan Club itu. Tidak layak langsung mencuba bagi sesiapa yang suara seperti buluh betong, atau suara ala-ala dentuman bom dalam ‘Op Daulat’ di Tanduo, Lahad Datu.
Ada ramai artis wanita yang boleh dicalonkan untuk menentang Aishah. Kalau hendak yang suara manja saya cadangkan Ella. Walaupun sudah bergelar isteri, gaya dan suaranya masih tetap membuat pengundi – terutama lelaki – longlai. Shiela Amzah, Yuna, Misha Omar pun layak.
Ada artis wanita suara tidak berapa menawan tetapi lakonan dan gayanya amat memukau. Rozita Che Wan pada hemat saya paling sesuai. Jelingannya pasti mendapat undi. Atau, apa kata Datuk Siti Nurhaliza yang suaranya terus memukau, gayanya terus memikat?
Read More / Baca Lagi >>