KUALA LUMPUR, 12 April — Polis hari ini menegaskan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak akan
disalahgunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP
Ramli Mohamed Yoosuf berkata akta baharu itu hanya akan digunakan untuk
memastikan tiada pihak cuba mengancam keselamatan negara sepanjang
tempoh berkempen pada PRU13.
“Penggunaan Sosma adalah mengikut keperluan bagi menjamin kelancaran proses pilihan raya umum, dan hakikatnya polis cuba menjalankan tanggungjawab supaya proses demokrasi itu tidak diganggu,” katanya pada taklimat PRU-13, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R.Sivarasa dalam sebuah laman portal berita baru-baru ini yang mempertikaikan penggunaan Sosma semasa PRU-13 kerana dikhuatiri akan disalahguna.
Ramli menegaskan Sosma akan hanya digunakan jika keselamatan benar-benar terancam dan menggugat ketenteraman awam.
Katanya jika kempen berjalan seperti biasa, maka polis tidak akan menggunakan akta tersebut, dan akan menyiasat segala kes mengikut undang-undang yang sedia ada dalam Kanun Keseksaan. — Bernama