Kehangatan gelombang PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) hampir dirasai di
seluruh lapisan masyarakat, yang kecil mahupun yang besar, yang tua dan
muda, yang tahu dan tidak tahu, atau yang baru atau lama. Untuk mereka
yang lahir pada tahun 1991 dan 1992, fatrah ini barangkali sangat
istimewa, pertama kali mengundi dan mungkin pertama kali menukar
kerajaan sedia ada. Gelombang PRU13 ternyata telah banyak menghasilkan
kesan yang sangat baik. Daripada sikap tidak peduli kepada peduli, tidak
tahu kepada tahu, begitu juga sikap boikot pilihan raya kepada berfikir
semula untuk mendaftar sebagai pengundi. Di mana-mana pihak, mahupun di
sebelah kerajaan yang pernah memerintah kerana khuatir akan kalah buat
kali pertama, atau pihak pembangkang selama ini sebagai ejen kemenangan
untuk menaiki takhta kerajaan, masing-masing sedang digasak hebat dengan
gelombang PRU13 yang sebarannya melangkaui umur dan batas tempat.
Simulasi PRU13 boleh dicatur dengan menilai, mengkaji, dan menganalisa corak gelombang ini. Gelombang yang tiada siapa boleh sekat dan tiada siapa yang mampu mengawalnya. Kecanggihan teknologi dan maklumat, media sosial yang bebas terbuka, juga suasana dan mood rakyat yang lewat ini, seperti cenderung untuk menggalas konsep sebenar demokrasi yang selama ini dirosakkan dengan ideologi-ideologi simpang. Maka, PRU13 boleh diperhati corak yang dibentuk kerana ia (walaupun tidak tepat) merupakan kelogikan yang boleh diterima. Apabila gelombang ini semakin disahut, disebut dan disambung-sambung, ini menandakan bahawa masa depan untuk sesebuah parti yang digagas gelombang ini cerah dan perlu bersiap dia menggalas masa depan yang lebih berat. Kemenangan itu suatu pintu baru kepada sebuah kehidupan.
Read More / Baca Lagi >>