"Saya
ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari
belakang. SPRM adalah tentera untuk
memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi
masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?"
Demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed pada majlis jamuan malam
sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya di sini malam kelmarin. Beliau merayu kepada ahli
politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', kerana kecenderungan
berbuat demikian akan hanya menyulitkan
lagi usaha memerangi rasuah.
Nak tanya sikit duhai Datuk Seri Abu Kassim Mohamed ! Apakah kematian menyayat hati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani satu
ketika dulu bukan kejadian tembak dari
belakang? Kenapa kejadian yang
berlaku dalam rumah SPRM sendiri itu, hingga hari ini SPRM tak berani mengambil tanggung jawab? Sedangkan kematian misteri tersebut berlaku
dalam pengawasan SPRM !! Mana lebih kejam? Tindakan rakyat menegur ketidaktelusan SPRM
atau tindakan tangan ghaib SPRM merentap nyawa Beng Hock dan Ahmad Sarbani ??