
Kalau seorang macam Ramli ini pun hampir-hampir lingkup dikerjakan oleh anjing-anjing liar tetapi kelihatan jinak sahaja, Maka tidak hairanlah kalau rakyat biasa macam Teoh Beng Hock, Kugan , Aminurashid dan ramai lagi senang-senang diratah atau dianiaya.
Ikuti pendedahan Ramli Yusuff, bekas pengarah CCID (kiri) terbabit dalam urusan copgate, memetik tiga keadaan di mana beliau berkata Musa Hassan (kanan) adalah tidak jujur.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan adalah orang yang tidak boleh dipercayai dan ini terbukti sepanjang masa beliau dalam pasukan polis, kata bekas rakan sekerja Ramli Yusuff.Dalam beberapa minggu lepas, Musa telah menarik perhatian dgn menuduh menteri kabinet dan ahli-ahli politik mengganggu siasatan dan tangkapan polis, menamakan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein khususnya.