Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Pakatan sepakat utamakan perpaduan dalam usaha tawan Putrajaya

$
0
0
JOHOR BAHRU, 13 April — Pemimpin pembangkang hari ini sepakat menamatkan perselisihan antara mereka, sekaligus menumpukan usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Johor bagi menyumbang kerusi dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
“Mari kita ketepikan sikap perselisihan dan bersama menuju ke Putrajaya,” kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau (gambar) yang kemudiannya dilihat bersalaman dengan Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng.
Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini dilaporkan berselisihan selepas Dr Chua dan Dr Boo secara terbuka mahukan kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut berkata, “kepercayaan dan konsensus” antara ketiga-tiga parti -PAS-PKR-DAP- terikat bersama dalam PR.
“Ini adalah asas atau prinsip yang mengikat Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin dalam ucapannya sewaktu melancarkan manifesto PR untuk negeri Johor.
Prinsip “give and take” dan “yakin dan percaya” antara pemimpin-pemimpin PR jelas Saifuddin adalah perlu dalam kalangan pemimpin mereka bagi mencapai matlamat utama mereka itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913