Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Masa depan rakyat Johor gelap di bawah Umno BN- Jui Meng

$
0
0
JOHOR BAHRU 13 APRIL: Rakyat Johor akan terus melarat jika negeri itu  ditadbir Umno BN selepas pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.
“Di bawah Umno BN, masa depan rakyat bertambah gelap terutama golongan berpendapatan rendah. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.
“Orang Melayu pula berterusan diketepikan, lihat apa jadi di Pengerang, Nusajaya dan Pelepas?”
“Tanah mereka di sana dengan sesuka hati dirampas, jadi apa yang rakyat dapat?,” katanya ketika  berucap depan hampir 2,000 hadirin di New York Hotel sempena pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor, petang tadi.
Katanya, masalah ekonomi negara juga di tahap amat membimbangkan dan ia terbukti dengan aliran wang haram yang begitu tinggi.
“Negara kita di bawah pimpinan Umno BN  mendapat pengiktirafan yang amat memalukan apabila dilabel antara negara paling korup di dunia,” sinisnya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913