Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Calon KEADILAN Johor diumum 16 April (Selasa)

$
0
0
johorKUALA LUMPUR 13 APRIL: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ke Johor pada Selasa, 16 April 2013 bagi mengisytiharkan calon KEADILAN bagi negeri itu.
Beliau akan menghadiri program pertama iaitu Ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Jalan Tahang Rimau, Segamat yang bermula jam 8.30 sehingga 12.00 malam.
Kemudian, Anwar akan ke Taman Yayasan, Buloh Kasap juga di Segamat bagi menyampaikan ceramah dan seterusnya mengumumkan calon bagi pilihan raya pada 5 Mei nanti.
Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng; Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammed;  calon KEADILAN Johor Bahru, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein; calon Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi;  Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Normala Sudirmanl, seterusnya Pang Hock Leong serta Ustaz Badrulamin Bahrom.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913