KUALA
LUMPUR, 13 APR: DAP mahu BN menjawab dakwaan penyandang Menteri
Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menuduh Pakatan
Rakyat akan membebankan lagi defisit fiskal negara.
Ini adalah kerana BN yang meniru hampir keseluruhan
Manifesto Pakatan Rakyat. Justeru, jika manifesto BN tidak bebankan
kewangan negara, bagaimana pula Pakatan Rakyat melalui manifesto boleh
membebankan rakyat?
“Bagaimana pula dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang terang-terangan mencedok idea Pakatan Rakyat (PR)?”
Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Setiausaha
Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San apabila Ahmad Husni dilaporkan
berkata Manifesto Rakyat akan meningkatkan defisit fiskal negara dari 4
peratus kepada 11.5 peratus.
“Kenyataan beliau ini dikeluarkan pada 29 Mac 2013 sebelum
manifesto BN dilancarkan. Menyedihkan apabila dakwaan beliau tidak
bersandarkan kepada fakta menyeluruh,” ujar beliau yang juga penyandang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku.
Read More / Baca Lagi >>