Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Gempur: Mahasiswa dan PRU13

$
0
0
Nur Mohd Iqzuan bin Samsudin,
Idea untuk mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum telah lama diketengahkan. Idea ini telah pun cuba direalisasikan melalui Parti Mahasiswa Negara namun gagal. Dan seterusnya, pada Perhimpunan Mahasiswa Negara yang diadakan pada bulan Januari tahun lepas (2011) di Kuala Lumpur juga mengusulkan idea ini di ‘Parlimen Mahasiswa’ namun tidak mendapat undi majoriti mahasiswa yang hadir untuk meluluskannya.

Hal ini ditimbulkan semula apabila ada ura-ura mengatakan bahawa pimpinan mahasiswa kini ada juga yang ingin turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, memandangkan kepada pindaan AUKU yang terbaru. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dalam membenarkan mahasiswa bertanding atas tiket mana-mana parti politik baru-baru ini.

Gempur memahami hasrat dan cita-cita mahasiswa untuk menjadi salah satu kuasa yang dapat mengubah atau sekurang-kurangnya mempengaruhi polisi dalam badan legislatif demi menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa dan rakyat. Namun, cita-cita ini haruslah didasari dengan realiti dan hakikat sebenar daripada pelbagai sudut termasuklah realiti sistem yang diguna pakai sekarang dan juga hakikat keupayaan gerakan mahasiswa itu sendiri.

Negara kita menggunakan sistem politik federal dan sistem pilihanraya District (Single Member Distrist) yang mana terdapat pilihan raya peringkat negeri yang mempertandingkan kerusi untuk Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya peringkat persekutuan yang mempertaruhkan kerusi Dewan Rakyat. Dan secara kebiasaannya, kedua kerusi ini akan dipertandingkan secara serentak walaupun ia bukanlah syarat yang wajib. Oleh itu, soal sama ada mahasiswa ingin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri atau di kerusi Parlimen perlulah dijawab terlebih dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913